our journey to the day

When is my wedding

Tuesday, May 17, 2011

16 Mei 2011

Walaupun terlambat sehari

Nak jugak post kat sini


SELAMAT HARI GURU
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni post ringkas je..
hehe. sangat banyak kerja sekarang


countdown kat atas tu pun dah tinggal sikit je
banyak lagi nak kene fikir ni.


I WANT FAIRY MOTHER PLISSSSSSSS..:)

Thursday, March 17, 2011

pening jugak..

Baru beberapa hari pulang dari Melaka. Tujuan ke Melaka adalah untuk meraikan majlis perkahwinan Daniel & Naqiah. Tahniah untuk kamu berdua :) sambil2 tu, bincang tentang tarikh, dan serba-serbi untuk majlis kami pulak.

Alhamdulillah, tarikh dah ditetapkan untuk kedua-dua majlis di Tg. Karang dan Melaka dengan jarak seminggu. Hanya perlu berdoa supaya tak banyak halangan untuk kami menempuh hari-hari sebelum kami disatukan. (cewahhhh..sejak bila aku pandai buat ayat cenggini???) haha


Masa berbincang pasal barang hantaran tu, kitorang berbincang kat depan my future FIL. Tiba-tiba dia menyampuk tentang barang hantaran. Dia kata ada satu surprise untuk aku. wahhh.. lama sungguh aku nak tau surprise yang satu ni. kene tunggu for about 1 year untuk tau surprise tu. lamanya~~~~~



Tiba-tiba semalam encik tunang pulak call, ade sedikit kesulitan katanya. tentang ape??? biarlah rahsia. insyallah, aku berusaha untuk bantu dia untuk menyelesaikan kesulitan itu.


Doakan semuanya akan berjalan dengan baik sehingga hari bersejarah kami.


p/s: by this time sepatutnya aku kene study untuk interview 24 Mac ni. tapi disebabkan cuti sekolah, dan adik-adik pun ade kat rumah, aku pun payah nak study. hehe. bila la nak insaf ni???

Sunday, March 6, 2011

kelas 2 pintar


nampak bukan macam gambar kelas. sebab muridnya 2 orang saja. tapi ini lah hakikatnya. sekolah ni bukan sekolah kuranag murid tau. hehehe

aku jadi guru kelas untuk kelas ni. dua-dua ni pelajar pekak. so, nak cakap dengan diorang kene guna sign language. tapi yang lelaki ni boleh dengar sikit-sikit. so, dia boleh cakap jugak la, tp pelat2. apa yang menariknya, diorang dua orang ni selalu bertekak. sebab yg murid lelaki ni suka membuli, dengan aku pun dia suka memain.. aipppp!!!!

Saturday, March 5, 2011

kem kepimpinan

tempat:
kem teratak river view, tg malim

tarikh:
12-14 feb 2011

cantik tempat ni ;)



PPKI




anak2 perempuan memasak..sudahnye, at the end, aku yang masakkan untuk diorang. tak sabar aku tengok..hehe




baru je sampai. makan tengah hari dulu sebelum tengok budak-budak pasang khemah




jambatan gamtung menghubungkan negeri selangor dan perak..:)




seberang sana; negeri selangor
sungai: sempadan
seberang sini: negeri perak...
jambatan gantung: menghubungkan dua negeri..=)

new chapter aka tragedi CNY..hehe

alamak...dah lama rasanya tak mengupdate blog ni..sepanjang 2 bulan ni..dah bnyak yang berlaku...hehehe

dalam bulan januari..tak ada apa sangat..cuma banyak aktiviti sekolah saje. maklumlah, sekolah baru je bukak. dan awal-aawal tahun ni, banyak sangat benda kene buat. ditambah lagi aku guru novis...cewahhhhhhh!!!

bulan februari...jeng..jeng..jeng...

THE NEW CHAPTER. ape dia??? segan nak bagi tahu, it was on 03.02.2011. CNY. (kak sila, orang dah update kejadian semasa CNY)..hehe. sila lihat gambar di bawah untuk mengetahui kejadian sebenar.


cincin

cincin lagi (cincin je...yang rantai tangan tu bukan)

taraaaaa...ada dua cincin dah..

tapi, siapa la yang berbaju putih tu ye...





macam kenal je orang dalam gambar ni ye. lagi-lagi yang pakai cermin mata tu. hehe

sudah bertukar status kamu berdua ye...;)

Tuesday, December 14, 2010

end of 2010

lama tak update blog ni..huhu. bukan sebab ape...sebab kemalasan melanda diri..
so..sepanjang kebisuan selama beberapa ketika, banyak benda dah berlaku..antaranya:
  • aku dah habis belajar - alhamdulilah..aku dah berjaya menamatkan kursus pra-perkhidmatan DPLI di UKM. dan dah konvo pun..=)
  • aku dah posting - alhamdulilah, aku dipostingkan tidak jauh dari rumah di sebuah sekolah yang ada di tg karang pada penghujung september 2010

  • aku dapat anak sedara baru - alhamdulilah..serentak dengan posting, selang beberapa hari, aku dapat anak buah kedua, merangkap anak sedara perempuan pertama yang diberi nama FATHIN NUR AISYAH BINTI MOHD NISAMUDDIN.
  • ramai kawan-kawan dah kawin - alhamdulilah, ramai kawan2 yang sebaya dengan aku dan dulu sama-sama sekolah dengan aku dah kawin. antaranya - best friend aku masa kat MRSM Terendak , Roselinda lazim..dan alhamdulilah, aku dapat penuhi undangan mereka. kepada mereka-mereka yang aku tak dapat attend wedding, aku minta maaf banyak-banyak. bukan disengajakan..undangan bertimpa-timpa...so, kena la ada yang perlu dikorbankan..mintak maaf dan aku doakan kalian berbahagia hingga ke akhir hayat bersama pasangan masing-masing..=)
  • cousin aku pun dah kawin - alhamdulilah..jodohnya dah sampai..congratz syamsidi n faten fazriena. (diorang ni lagi muda dari aku...hehehe)
tggal beberapa hari je lagi sekolah nak bukak..so, aku akan mulakan tugas di tahun baru insyallah dengan azam yang baru. semoga tahun 2011 akan memberikan yang lebih baik untuk kita semua...aminnn..=)

Wednesday, September 15, 2010

alhamdulilah....

alhamdulilah...lega dah hati...akhirnya aku akan berbakti di negeri sendiri..

harapnya, tak la jauh sangat dari rumah...kalau nak diikutkan selangor ni luas jugak. sekolah mana pun belum tau lagi. akan diberitahu pada 27 september nanti semasa taklimat di Shah Alam.

harapnya, aku dapat menaburkan bakti di negeri tercinta ini dengan baik...amiinnn